
Tentang yayasan kasih mutiara
Penubuhan Yayasan Kasih Mutiara adalah sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang bertujuan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dan menjalankan program amal di seluruh Malaysia terutamanya di Kelantan. Yayasan ini akan beroperasi di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh BHEUU.

Yayasan Kasih Mutiara beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip Islam, termasuk konsep Zakat, Sadaqah, dan Waqaf, untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan mempromosikan pembangunan mampan. Dengan fokus kepada pendidikan berkualiti, kesihatan, dan kebajikan komuniti, yayasan ini bertujuan untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang terpinggir. Melalui kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Kasih Mutiara berhasrat untuk menjadi pemangkin perubahan positif dalam masyarakat, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penubuhan ini bakal menandakan satu langkah penting kepada Yayasan Kasih Mutiara dalam menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan pemerkasaan pendidikan terutama di luar bandar seterusnya dapat memperkenalkan jenama MUTIARA agar sinonim dengan bidang pendidikan, kebajikan, kemahiran dan kelestarian. Dengan visi untuk menjadi penyumbang kepada tiga bidang yang disasarkan, Yayasan Kasih Mutiara bertekad untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat, mengukuhkan nilai-nilai Islam, dan menyokong pembangunan yang seimbang dan inklusif.
Objektif
Memartabatkan pendidikan sebagai asas utama pembangunan modal insan dan masyarakat.
Misi
Memberi peluang pendidikan sama
rata kepada semua.
Membantu golongan kurang
bernasib baik melalui program amal
berterusan.
Membina kerjasama strategik untuk
memaksimumkan impak sosial.
Visi
Menjadi yayasan terkemuka dalam pendidikan, kebajikan,
kemahiran, dan kelestarian, demi mencipta masyarakat
yang lebih sejahtera
Lembaga PEMEGANG AMANAH

Hj. Che Ibrahim Che Ismail (Pak Nik Lah)

Hjh. Naemah Ya’acob

Khalek Awang

Siti Nahawan Che Ibrahim

Rafidah Mohd Arifin

Hj. Wan Fauzan Shah Wan Ismail













